المغازي اللغة العربية


Bismillahirrahmaanirrahiim.Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin,syukur ke hadrat ILAHI yang masih memberikan kita nikmat ISLAM dan IMAN sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad SAW dan juga kepada para sahabat baginda RA ajma’iin.

Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.

Kepentingan mempelajari bahasa arab fusha ini ada tiga:
A.     Bahasa arab fusha adalah bahasa AL-QURAN.
B.    Bahasa arab fusha adalah bahasa yang dituturkan oleh khairul khalqillah Sayyidina Muhammad SAW.
C.     Bahasa arab fusha adalah bahasa syurga (al lughatul jannah).

Maka,dengan tiga sebab di atas kita hendaklah mempelajari bahasa arab fusha untuk lebih memahami ISLAM (AL-QURAN).Di samping itu,kita juga sedang mempraktikkan sunnah Nabi SAW iaitu dengan bertutur dalam bahasa arab fusha.

Disebabkan oleh 3 sebab-sebab di atas itu jugalah bahasa arab fusha adalah bahasa yang paling afdhal (utama) berbanding bahasa-bahasa yang lain yang wujud di dunia ini (al lughatul ‘arabiah afdhalul lughah minal ‘alamiin).

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menyebutkan kepentingan bahasa arab fusha di dalam 10 wasiat yang ditulis olehnya iaitu di dalam wasiat yang ke-3.

‘Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur bahasa arab yang betul (fusha) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar ISLAM.’-As-Syahid Imam Hasan Al-Banna-

Antara kepentingan lain,contohnya kepada pelajar-pelajar di bumi arab terutamanya pelajar di dalam bidang agama (syariah islamiyyah dll) dan bidang perubatan (medicine,dentist and pharmacy).

Secara am:
Bagi kepentingan pelajar-pelajar juga kerana bahasa perantaraan yang digunakan dalam kehidupan seharian di bumi arab adalah bahasa arab.  

Secara khusus:
Pelajar-pelajar bidang agama mesti menguasai ilmu bahasa arab fusha untuk memahami kuliah-kuliah yang bahasa perantaraannya semestinya bahasa arab fusha.Bagi pelajar-pelajar perubatan iainya perlu kerana apabila sudah memasuki tahun praktikal mereka akan berurusan dengan pesakit orang arab yang majoritinya tidak pandai berbahasa inggeris.

Jadi,ana disini ingin mengajak antum semua untuk mempelajari bahasa arab fusha supaya kita mendapat redha ALLAH SWT dan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan kita.Jadi,mulakan pembelajaran bahasa arab fusha itu dengan membaca AL-QURAN kerana ianya sendiri adalah KALAMULLAH (kata-kata ALLAH) dan kata-kata ALLAH adalah dalam bahasa arab fusha.

Wallahu’alam.
                                                                                                                                                                                          @AL-ANKABUT

Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.