Monday, July 4, 2011 at 7/04/2011 10:21:00 PM |  
بسم الله الرحمن الرحيم

ألسلام عليكم و رحمة الله و بركته

Apa yang ana mahu kongsikan hari ini ialah ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Sebelum itu, kita semua perlu memahami definisi sangka kerana dari perkataan inilah terhasilnya perkataan BERSANGKA dan perkataan-perkataan lain seperti menyangka, penyangka, disangka, sangkaan dan lain-lain.

Sangka ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap seperti. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga).

[ Untuk rujukan pembaca, BERSANGKA=BERPRASANGKA.]

Maka, boleh kita simpulkan bahawa bersangka baik ialah berpendapat di dalam hati dengan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga) baik terhadap seseorang.

Berbalik pada tujuan asal penulisan ana kali ini iaitu ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Untuk menjawab soalan itu marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Oleh itu, telah jelas dan nyata tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.

Untuk mengukuhkan dalil “KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?” mari kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
Ertinya :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Pengajaran Hadis :

1.       Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

2.       Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

3.       Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

Kesimpulannya, kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa) dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa).

Akhir kalam, INGATLAH ! PRASANGKA TIDAK MEMBAWA KEBENARAN DAN IA BERKEMUNGKINAN MEMBAWA KEPALSUAN. Jadi, boleh rujuk [DI SINI] bagi memahami apa itu kebenaran dan kepalsuan.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب


HIJAU = Definisi Kamus Dewan Edisi Empat.

PINK  = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

BIRU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT


Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.