بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين ،اللَّهم صل على خير خلق الله سيدنا محمد ،الفاتح لما أغلق ،والخاتم لما سبق ،ناصر الحق بالحق ،والهادى إلى صراطك المستقيم ،وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم ،أم بعد.
 
Entri kali ini ana ingin mengajak kamu semua tidak kiralah ustaz ke ulama’ ke, tok imam ke, pak bilal ke, mat rempit ke, rockers ke, punk ke, skinhead ke, dan lain-lain untuk kita mengenali seorang ulama’ Tanah Melayu iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd.Fadzil Bin Hj.Ismail yang merupakan pengasas Pondok Moden Ad-Darain di SELANGOR [RUJUK DI SINI]. Saya menggunakan nama tanahair tercintaku (MALAYSIA) dengan bahasa Tanah Melayu adalah kerana Tanah Melayu pernah dijajah tetapi ada segelintir ILMUAN menyatakan MALAYSIA tidak pernah dijajah. Oleh sebab itu, saya menggunakan nama TANAH MELAYU kerana mengikut sejarah, MALAYSIA pernah dijajah oleh BRITAIN suatu ketika dahulu. Jadi, saya tidak mahu bersubahat dengan ILMUAN itu dalam menyebarkan perkara yang batil dengan menyatakan MALAYSIA tidak pernah dijajah. Menyebarkan perkara yang batil adalah HARAM di dalam ISLAM.[RUJUK DI SINI]

Berikut adalah latarbelakangnya :

Nama : Mohd Fadzil Bin Ismail
Tarikh lahir: 2hb Ogos 1979
Tempat Lahir: Sungai Udang, Melaka
No Telefon: 019-246 7512     
Email: fakhair2812@yahoo.com

Pendidikan :

[1]Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,
Sungai Manggis, Banting, Selangor.
Pencapaian:
1997 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 1 Agregat 13
2000 – Sijil Tinggi Agama (STA) – Jayyid Jiddan ( Persendirian )

[2]Darul Mustafa,Tarim,
Hadramaut, Yaman.
Pencapaian:
1997-2000 – Diploma Pengajian Islam (Syariah).

[3]Maahad Dirasat Islamiyah Wal Arabiah,
Bagan Serai, Perak.
Pencapaian:
2000 – Diploma Pengajian Islam (Syariah).

[4]Universiti Al-Azhar,
Cawangan Tanta, Mesir.
*mendapat peluang terus ke tahun 4 setelah melalui ujian kelayakan.
Pencapaian:
2000-2001 – Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang.

[5]American Open University,
Cairo, Egypt.
Pencapaian:
2001-2003 – Ijazah Sarjana (M.A) (Syariah).

[6]Darul Ifta’ Al-Azhar,
Kaherah, Mesir.
Pencapaian:
2003-2006 – Ijazah Lanjutan Pengkhususan Pengeluaran Fatwa.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب

ألإسلام دين ألحق

Dari Abu Darda’ R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda , “ulama’ itu pewaris para nabi.”[HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi : Sahih] 

Berkenal-kenalanlah kita dengan ulama’ rabbani (ulama’ dalam ilmu ISLAM) disamping kita berkenal-kenalan dengan para muslim yang lain kerana ianya lebih baik dan mendatangkan pahala, insyaALLAH biiznillah DARIPADA kita mengenali artis-artis (KECUALI ARTIS NASYID KERANA NASYID ITU JUGA BOLEH MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH) terutama ARTIS WANITA TANAH MELAYU yang tidak menutup aurat di mana apabila kita melihatnya dosa yang kita dapat.

“GUA ROCK, GUA BERIMAN”
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:


بسم ألله ألرحمن ألرحيم
قَصِيْدَةْ بُرْدَةْ
مَوْلَايَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَاْئِماً أَبَداً
عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasihMu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan
مُحَمَّدٌ سَيِّدُ الْكَوْنَيْنِ وَالثَّقَلَيْنِ
وَالْفَرِقَيْنِ مِنْ عَرَبٍ وَمِنْ عَجَمِ
Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan jin),
dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab.
هُوَ الْحَبِيْبُ اَلَّذِي تُرْجَى شَفَاعَتُهُ
لِكُلِّ هَوْلٍ مِنَ الْاَهْوَالِ مُقْتَحَمِ
Dialah Kekasih Allah diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan
ثُمَّ الرِّضَا عَنْ أَبِيْ بَكْرٍ وَعَنْ عُمَرٍ
وَعَنْ عَلِيٍّ وَعَنْ عُثْمَانَ ذِي الْكَرَمِ
Kemudian redha daripada Abu Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan
ياَ رَبِّ الْمُصْطَفَى بَلِّغْ مَقاَصِدَناَ
وَاغْفِرْلَناَ ماَ مَضَى ياَ وَاسِعَ الْكَرَمِ
Wahai Tuhan ! Perkenankan hajat kami dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan
مَوْلَايَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَاْئِماً أَبَداً
عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan
kepada kekasihMu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan

Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermazhab Syafi’e, murid Abu Abas Mursyi.

Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu. Dengan mukjizat
Rasulullah SAW beliau sembuh dari penyakitnya.

Jadi, itulah serba sedikit latar belakang penyair qasidah burdah yang terkenal ini.Semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua dan semoga ALLAH menerima ‘amalan kita dalam mengenali ulama’ pada zaman yang penuh fitnah ini di mana ramai artis dipuja-puja.Ketahuilah bahawa salah satu tanda-tanda kiamat ialah apabila artis-artis dipuja.Nabi S.A.W. bersabda, ‘Begitulah antara tanda-tanda kiamat, apabila artis disanjung-sanjung.” HR At-Tirmidzi.

 والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب

ISLAM FOR ALL

Firman ALLAH S.W.T., “Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [Al-maidah : 97]

© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber ‘Imran dan Al-Hakam bin ‘Amr Al-Ghifari r.’anhuma memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Ertinya :
“Tidaklah boleh mematuhi makhluk dalam perkara menderhakai Khaaliq (ALLAH).”.
@
Boleh juga diertikan, “Tiada keta’atan pada makhluk dalam perkara ma’siat kepada Khaaliq (ALLAH).”.
[HR.Ahmad dan Al-Hakim : Sahih]

Pengajaran Hadis :

1.       Setiap orang umat ISLAM diperintah dengan tegas agar mematuhi ALLAH dan Rasul-NYA : Junjungan Nabi S.A.W. mengikut garis panduan kitab AL-QURAN dan hadis yang SAHIH, tanpa ragu-ragu.

2.       Kerana itu umat ISLAM dilarang mematuhi sesiapa sahaja (manusia atau jin) dalam perkara yang bertentangan dengan syari’at ALLAH TA’ALA.Seseorang anak ditegah menurut selera ibu bapa dalam perkara yang bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W. sebab sunnah adalah sebahagian syari’at ALLAH S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

3.       Hanya dengan mematuhi ALLAH S.W.T. sahaja manusia akan memperoleh kebahagiaan hidup sejati dari dunia sampai ke akhirat dan demikianlah sebaliknya.

Berdasarkan hadis di atas, tiada toleransi yang mutlak dengan keta’atan pada manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH.

*Rujukan para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. sekalian.

Perkara menderhakai ALLAH S.W.T. @ Perkara berdosa kepada-NYA = معصية

Nabi S.A.W. sudah mengkhabarkan kepada kita bahawa tidak boleh, hatta HARAM menta’ati manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH S.W.T. .

Jadi, marilah kita ta’at kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kalau ALLAH perintahkan kepada kita suruhan-NYA, kita WAJIB lakukan dan kalau ALLAH perintahkan kepada kita meninggalkan larangan-NYA kita WAJIB ta’at kepada-NYA.

Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W., jika apa yang Nabi S.A.W. suruh, kita ta’ati dan apa yang Nabi S.A.W. larang, kita hindari kerana semuanya ini bertepatan dengan sumber HIDAYAH AD-DIIN iaitu AL-QURAN.

Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Anfal ayat 20 dan Surah Al-Hasyr ayat 7,

“Wahai orang-orang yang beriman ! Ta’atilah (patuhilah perintah) ALLAH dan Rasul-NYA (sewaktu perang dan lain-lain). Janganlah kamu melanggar perintah-NYA padahal kamu mendengarnya (perintah ALLAH).”                   
-Surah Al-Anfal ayat 20-

“Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah. Dan mana yang dilarangnya hendaklah kamu tinggalkan. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat keras hukuman-NYA.”
-Surah Al-Hasyr ayat 7-

و الله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
___________________________________________________________________________

HIJAU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

MERAH = Kamus Al-Mawrid Al-Qareeb Arabic-English.

BIRU = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم


Menderhaka kepada kedua ibubapa adalah termasuk dalam larangan yang haram di dalam Al-Quran.

Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24,

“Dan Tuhanmu (ALLAH)  telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (ALLAH), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat).”.

“Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.

Keterangan Ayat 23 dan 24 Surah Al-Isra’

ALLAH menyuruh kamu, supaya menyembah kepadaNYA (ALLAH) dan berbuat kebajikan kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya telah sangat tua, janganlah diucapkan perkataan yang kasar kepada mereka, dan janganlah kamu herdik kedua-duanya dengan perkataan yang tidak sopan, melainkan hendaklah bercakap dengan perkataan yang lemah lembut. Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada mereka, sebagai tanda cinta. Patut sekali kamu doakan mereka kepada ALLAH : “Ya ALLAH, Ampunilah aku dan kedua-dua orang ibubapaku dan kasihanilah mereka, sebagaimana mereka telah mengasuhku waktu kecilku !”.

“Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada mereka, sebagai tanda cinta.”. Maksud ayat ini bukanlah bererti kita sembah kepada mereka TETAPI sayanglah mereka dengan sayang yang sebenar-benarnya di samping mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T.. Itulah ! maksud sebenarnya.

Dan INGATLAH ! Jika ibubapa kita tidak meredhai dan mereka murka kepada kita terhadap kederhakaan yang kita lakukan kepada mereka, maka, yang menunggu kita adalah kemurkaan ALLAH dan kita tidak akan diredhai oleh ALLAH S.W.T. kerana kederhakaan kita terhadap mereka dan ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W..

Sumber ‘Abdullah Bin ‘Amr r.’anhuma memberitakan Rasulullah S.A.W. bersabda,

رضا الرب في رضا الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد

Ertinya :

“Keredhaan Tuhan (ALLAH) menurut keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (ALLAH) menurut kemurkaan ibu bapa.”.
(HR. At-Tirmidzi : Sahih)
Pengajaran Hadis :

1.       Agama Islam mengajak umatnya memperoleh dua keredhaan yang paling besar dalam hidup ini, iaitu keredhaan ALLAH dan keredhaan ibu bapa.

2.       ALLAH menciptakan kita manusia menerusi perkahwinan antara ibu dan bapa. Kemudian Dia (ALLAH) menyuruh kita mencari keredhaan-NYA (ALLAH) dan keredhaan kedua ibu bapa secara serentak dan selari, di mana tidaklah diperoleh keredhaan ALLAH tanpa keredhaan ibu bapa dalam perkara kebaikan, bukan dalam perkara maksiat [RUJUK DI SINI].

3.       Siapa memurkakan kedua ibu bapa, maka dia bukan sahaja mendapat kemurkaan ibu bapa (berdosa besar), tetapi juga mendapat kemurkaan ALLAH dan Rasul-NYA (NYA merujuk kepada ALLAH).

Jadi, telah jelas bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah perkara yang haram dan akhlaq yang tidak baik serta berdosa besar, maka, hendaklah kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sepertimana perintah ALLAH S.W.T. dalam Surah Luqman ayat 14,

“Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibubapanya.”.

Akhir kalam, ana ingin ucapkan terima kasih kepada antum semua kerana meluangkan masa membaca penulisan ana yang lemah ini. Ana berdo’a kepada ALLAH agar ana dan antum semua diberi hidayahNYA dan keampunanNYA. Amin Ya RABBAL ’ALAMIIN.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
_________________________________________________________________________

HIJAU = Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus (hlm. 596,597,613   dan 879)

BIRU = kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S) [hlm. 76 dan 77].

PUTIH = © AL-ANKABUT.
© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم

ألسلام عليكم و رحمة الله و بركته

Apa yang ana mahu kongsikan hari ini ialah ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Sebelum itu, kita semua perlu memahami definisi sangka kerana dari perkataan inilah terhasilnya perkataan BERSANGKA dan perkataan-perkataan lain seperti menyangka, penyangka, disangka, sangkaan dan lain-lain.

Sangka ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap seperti. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga).

[ Untuk rujukan pembaca, BERSANGKA=BERPRASANGKA.]

Maka, boleh kita simpulkan bahawa bersangka baik ialah berpendapat di dalam hati dengan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga) baik terhadap seseorang.

Berbalik pada tujuan asal penulisan ana kali ini iaitu ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Untuk menjawab soalan itu marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Oleh itu, telah jelas dan nyata tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.

Untuk mengukuhkan dalil “KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?” mari kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
Ertinya :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Pengajaran Hadis :

1.       Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

2.       Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

3.       Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

Kesimpulannya, kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa) dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa).

Akhir kalam, INGATLAH ! PRASANGKA TIDAK MEMBAWA KEBENARAN DAN IA BERKEMUNGKINAN MEMBAWA KEPALSUAN. Jadi, boleh rujuk [DI SINI] bagi memahami apa itu kebenaran dan kepalsuan.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب


HIJAU = Definisi Kamus Dewan Edisi Empat.

PINK  = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

BIRU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT


Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم

Ana mulakan penulisan ana dengan firman ALLAH S.W.T. di dalam AL-QURAN dalam surah Al-‘Asr (Masa) yang berkaitan dengan tajuk ana iaitu tentang MASA. Sebelum itu, ana ingin mendefinasikan tentang erti HAL-HAL YANG TIDAK BERMANFAAT. HAL-HAL YANG TIDAK BERMANFAAT ialah semua PERKARA SIA-SIA YANG MERUGIKAN MASA YANG TIDAK MEMBERIKAN MANFAAT LANGSUNG KEPADA DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

قل الله تعلى في الكتب القران الكريم في سورة العصر من اية 1 إلى اية 3,                                                    
 
بسم الله الرحمن الرحيم

وَاٌلْعَصر [1]

إنَّ اٌلإِنسنَ لَفِى خُسرٍ [2]

إلَّا اٌلَذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ اٌلصَّلِحَتِ وَتَوَا صَواْ بِاٌلحَقِّ وَتَوَا صَواْ بِاٌلصَّبر [3]

Mafhumnya,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1.       Demi masa.

2.       Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3.       Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh dan nasihat-menasihati supaya (menjalankan) kebenaran dan nasihat-menasihati supaya sabar menghadapi kesulitan.

Keterangan Surah Al-‘Asr

Semua manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan ber’amal soleh, serta suka berwasiat (memberi nasihat) dengan kebenaran dan kesabaran. Adapun orang yang dikatakan soleh, ialah orang yang mengerjakan kewajipannya terhadap dirinya, seperti menjaga kesihatan, kepada keluarganya seperti menafkahinya, mendidiknya, kepada tetangga, negeri dan manusia umumnya iaitu dengan tolong-menolong dan beramah mesra dengan mereka. Begitu juga terhadap ALLAH seperti mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Ringkasnya mengikut apa yang diperintahkan ALLAH dan menjauhi apa-apa yang dilarangNYA.

Maka, telah jelas di dalam Surah Al-‘Asr ayat 1 hingga ayat 3 bahawa semua manusia berada dalam kerugian kecuali :

1.       Orang-orang yang beriman (yang melakukan syari’at ALLAH S.W.T.).

2.       Orang-orang yang ber’amal soleh (serta ikhlas dalam amalannya).

3.       Orang-orang yang nasihat dan menasihati supaya menjalankan dan menegakkan kebenaran.

4.       Orang-orang yang nasihat-menasihati supaya sabar menghadapi ujian dan dugaan serta kesulitan dalam hidup ini.

Jadi, kepada siapa sahaja yang suka melakukan perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat langsung pada dirinya dan manusia sejagat, oleh itu, nasihat ana adalah tinggalkanlah perkara-perkara itu kerana  ia langsung tidak menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada antum semua sehinggakan ALLAH  S.W.T. berfirman dengan menyoal kita semua di dalam Surah Al-An’aam ayat 32, mafhumnya, “Dan hanyalah kehidupan di dunia ini, permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan sesungguhnya kehidupan di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang  yang bertakwa.Apakah kamu tidak memikirkan?”.

Dengan itu, marilah kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa kerana bertepatan dengan ayat 32 dalam Surah-Al-An’aam bahawa orang yang beruntung adalah orang yang bertaqwa. Dan orang yang rugi ialah semua manusia kecuali 4 orang yang disebut di dalam Surah Al-‘Asr ayat 2 hingga ayat 3.

Akhir kalam, INGATLAH ! setiap ORANG YANG BERTAQWA ialah ORANG YANG BERIMAN dan setiap orang yang beriman ialah ORANG ISLAM tetapi BUKAN setiap ORANG ISLAM adalah ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAQWA. JADI, FIKIRKAN DAN FAHAMILAH PENULISAN ANA INI DENGAN KEFAHAMAN YANG SEBENAR-BENARNYA SERTA JANGAN CAMPUR ADUKKKAN KEBENARAN DAN KEBATILAN KERANA SESUNGGUHNYA KEDUA-DUA ITU ADALAH PERKARA-PERKARA YANG JELAS LAGI TERANG PERBEZAANNYA.

والله أعلم
_________________________________________________________________________

HIJAU =  Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

PUTIH = © AL-ANKABUT

© AL-ANKABUT


Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم 

Sumber Ummu Al-Mukminiin ‘Aisyah RadhiyALLAHu ‘anha (r.a.) memberitakan Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

أبغض الرجال إلى الله الألد لخصم 

Ertinya :

“Orang yang paling dibenci ALLAH S.W.T. ialah orang yang degil menentang kebenaran lagi keras bertengkar menegakkan kepalsuan.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Pegajaran Hadis :

1. Islam menyuruh penganutnya berpegang kepada perkara yang benar (kebenaran=حق) dan tunduk kepadanya sekalipun dengan berbuat demikian akan menyusahkan mereka.

Ø Contohnya : Apabila sesebuah pemerintahan Negara tidak menegakkan hukum ALLAH seperti yang bertepatan dengan sumber ISLAM YANG BENAR iaitu AL-QURAN dan AS-SUNNAH, maka wajiblah kita menegakkan kebenaran itu dengan menyokong pemerintahan ISLAM sekalipun jika kita berbuat demikian kita akan dibunuh. Mengapa wajib?Ini kerana AGAMA ISLAM adalah satu-satunya agama yang hanya diredhai oleh ALLAH seperti firman ALLAH dalam surah Al-Maidah ayat 3, ”Pada hari ini (hari haji wida’) telah Aku (ALLAH) sempurnakan bagi kamu agama kamu (ISLAM) dan sudah Aku (ALLAH) cukupkan nikmat-Ku dan telah Aku (ALLAH) redha ISLAM menjadi agama kamu.” dan segala konsep atau sistem yang selain dari ISLAM adalah terbatal secara automatik kerana ianya tidak diredhai oleh ALLAH dan kerana kita adalah ORANG-ORANG ISLAM (muslim).

2. Islam membenci orang yang berpegang kepada perkara yang salah (kepalsuan=باطل) serta mempertahankannya bermati-matian sehingga sanggup mengatakan yang putih itu hitam dan yang hitam itu putih (seperti syaitan yang menampakkan perkara yang baik itu nampak buruk dan perkara yang buruk itu nampak baik kerana syaitan telah berjanji dengan ALLAh yang mereka akan menyesatkan anak-anak Adam A.S. .Dalilnya dalam surah ke-15 iaitu Al-Hijr ayat 39, “Iblis berkata , ‘wahai Tuhanku!Kerana Engkau (ALLAH) telah menjadikan daku (syaitan) sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.’ ”). Namun, dalam ayat ini ada pengecualian bagi mereka yang tidak dan tidak akan disesatkan oleh syaitan dan ianya akan ana ulas di dalam penulisan ana seterusnya.

Ø Contohnya : Apabila seseorang itu sudah mengetahui bahawa melaksanakan syariat ALLAH di muka bumi ini adalah WAJIB dan dia tidak melaksanakan atau tidak menyokong dalam menegakkan syariat ALLAH maka dia adalah orang yang paling dibenci ALLAH seperti bertepatan dengan hadis di atas. Adapun sesetengah manusia yang tidak mengetahui akan kebenarannya kerana kejahilannya, maka dia hendaklah mempelajarinya dari para ulama’ kerana para ulama’ jualah yang merupakan pakar dalam bidang AGAMA. Jika tidak mereka telah berdosa kerana menuntut ‘ilmu AGAMA itu adalah wajib seperti sabda Nabi S.A.W. , “Menuntut ‘Ilmu agama itu wajib ke atas setiap orang ISLAM.”[HR At-Tabarani :Sahih]. Tetapi ramai yang menolak ulama’ dan bukan sahaja menolak malah mencemuh para ulama’ sedangkan kita sudah mengetahui bahawa ISLAM telah mengangkat martabat ulama’ seperti dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda , “ulama’ itu pewaris para nabi.”[HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi : Sahih] serta ISLAM memartabatkan orang-orang yang ber‘ilmu. Seperti dalam surah AL-MUJAADALAH ayat 11, “ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ‘ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendalam PengetahuanNYA tentang apa yang kamu lakukan.”.

3. ALLAH murka kepada orang yang berdegil di atas kepalsuan dan suka bertengkar kerana menegakkannya serta menyembunyikan kebenaran maka dia akan dijauhkan dari rahmat (pengasihan) ALLAH malah akan dikenakan seksaan sebabnya. Firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 159, “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab (Taurat), mereka itu dilaknati ALLAH dan dilaknati (pula) oleh (semua) makhluk yang dapat melaknati mereka.”

و الله أعلم 

__________________________________________________________________________________

MERAH = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji     Salleh (‘A.Q.H.A.S).

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT 




Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.