المغازي اللغة العربية


Bismillahirrahmaanirrahiim.Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin,syukur ke hadrat ILAHI yang masih memberikan kita nikmat ISLAM dan IMAN sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad SAW dan juga kepada para sahabat baginda RA ajma’iin.

Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.

Kepentingan mempelajari bahasa arab fusha ini ada tiga:
A.     Bahasa arab fusha adalah bahasa AL-QURAN.
B.    Bahasa arab fusha adalah bahasa yang dituturkan oleh khairul khalqillah Sayyidina Muhammad SAW.
C.     Bahasa arab fusha adalah bahasa syurga (al lughatul jannah).

Maka,dengan tiga sebab di atas kita hendaklah mempelajari bahasa arab fusha untuk lebih memahami ISLAM (AL-QURAN).Di samping itu,kita juga sedang mempraktikkan sunnah Nabi SAW iaitu dengan bertutur dalam bahasa arab fusha.

Disebabkan oleh 3 sebab-sebab di atas itu jugalah bahasa arab fusha adalah bahasa yang paling afdhal (utama) berbanding bahasa-bahasa yang lain yang wujud di dunia ini (al lughatul ‘arabiah afdhalul lughah minal ‘alamiin).

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menyebutkan kepentingan bahasa arab fusha di dalam 10 wasiat yang ditulis olehnya iaitu di dalam wasiat yang ke-3.

‘Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur bahasa arab yang betul (fusha) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar ISLAM.’-As-Syahid Imam Hasan Al-Banna-

Antara kepentingan lain,contohnya kepada pelajar-pelajar di bumi arab terutamanya pelajar di dalam bidang agama (syariah islamiyyah dll) dan bidang perubatan (medicine,dentist and pharmacy).

Secara am:
Bagi kepentingan pelajar-pelajar juga kerana bahasa perantaraan yang digunakan dalam kehidupan seharian di bumi arab adalah bahasa arab.  

Secara khusus:
Pelajar-pelajar bidang agama mesti menguasai ilmu bahasa arab fusha untuk memahami kuliah-kuliah yang bahasa perantaraannya semestinya bahasa arab fusha.Bagi pelajar-pelajar perubatan iainya perlu kerana apabila sudah memasuki tahun praktikal mereka akan berurusan dengan pesakit orang arab yang majoritinya tidak pandai berbahasa inggeris.

Jadi,ana disini ingin mengajak antum semua untuk mempelajari bahasa arab fusha supaya kita mendapat redha ALLAH SWT dan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan kita.Jadi,mulakan pembelajaran bahasa arab fusha itu dengan membaca AL-QURAN kerana ianya sendiri adalah KALAMULLAH (kata-kata ALLAH) dan kata-kata ALLAH adalah dalam bahasa arab fusha.

Wallahu’alam.
                                                                                                                                                                                          @AL-ANKABUT

Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
Bismillahirrahmaanirrahiim.Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad SAW dan juga kepada para sahabat baginda RA ajma’iin.

Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.

Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH S.W.T. yang telah memberikan kita nikmat ISLAM sampai hari ini...hari ini ana ingin menulis dan berkongsi dengan antum semua tentang kandungan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat yang juga dikenali sebagai ‘khutbah perpisahan’...walapun antum semua telah mengetahui kandungannya tetapi marilah kita fahami dan renungi semula khutbah terakhir Rasul S.A.W. ini supaya kita mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. dan syafaat dari Nabi S.A.W. di akhirat kelak...kepada yang belum mengetahui...janganlah antum segan atau berasa malu atau malas untuk mengambil tahu tentang kandungan khutbah terakhir Muhammad S.A.W. ini...sesungguhnya antum adalah org-org yang rugi jika kamu tidak mengambil tahu tentang kandungan khutbah ini...

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam khutbahnya...

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini (9 zulhijah tahun 10 hijrah). Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu di atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Hajisekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan amalan saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama lain yang baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamuberpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklahorang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhirlebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Wallahualam...

Semoga kita semua dapat memahami dengan mendalam tentang khutbah terakhir baginda Nabi S.A.W. ini...InsyaALLAH biiznillah...

Akhir kalam,marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain tentang isi-isi dari ‘khutbah perpisahan’ ini…dan hendaklah kita sampaikan juga kepada orang-orang ISLAM yang lain samada melalui syarahan (ceramah @tazkirah) atau penulisan (buku,blog @ lain2) kerana menurut hadis Nabi SAW,dari Abdullah bin ‘Amr RA memberitakan Nabi SAW bersabda,”sampaikanlah (wahyu) daripadaku meskipun berbentuk satu ayat.”-hadis riwayat Imam Al-Bukhari-…hadis ini hadis sahih

semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA kepada kita suma serta memberikan hidayahNYA kpd kita semua...amin...                                          
                                                                                                                                    @AL-ANKABUT
                                                                                                                          

Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
Wednesday, April 6, 2011 at 4/06/2011 05:43:00 PM | 0 comments  

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad Sollahu 'alaihi wa sallam dan juga kepada para sahabat baginda RadiALLAHu 'anhum ajma’iin.

Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.

Ini merupakan hasil tulisan pertama ana di dalam blog pertama ana yang ana buat di atas bantuan sahabat ana RAJA SHAHRIZAD.Dia juga ada blog iaitu [LINK] .Jika anta/anti mempunyai masa layarilah ke blog sahabat ana itu.Sebelum ini,saya juga ada menulis di dalam blog sahabat saya al-fadhil MUHAMMAD ABDUL LATIFF BIN ABU BAKAR iaitu di blog [LINK].Jika para pembaca yang amat dihormati sekalian mempunyai masa yang terluang bolehlah para pembaca sekalian bersinggah di blog sahabat karib ana itu.

Jadi untuk penulisan ana yang pertama ini,ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang JIHAD.

Jihad…Jihad berasal dari perkataan ARAB iaitu jahada.Ia bermaksud berusaha bersungguh-sungguh atau dalam bahasa Inggerisnya ‘strive hard’.Jihad dikategorikan kepada 3 mengikut Prof.Dr.Haji Mahmud Yunus yang merupakan salah seorang ulama’ INDONESIA iaitu:

A)Jihad menyebarkan risalah ISLAM (AL-QURAN dan AS-SUNNAH) samada melalui syarahan (ceramah) atau penulisan (blog,buku dll.).

B)Jihad melawan fitnah terhadap ISLAM samada melalui syarahan (ceramah) atau penulisan (blog,buku dll.).

C)Jihad mengangkat senjata (perang menentang musuh ISLAM).

Jadi,ana di sini ingin menyeru kepada antum semua untuk sama-sama berjihad samada jihad A atau jihad B (sila rujuk penerangan JIHAD di atas) serta marilah sama-sama kita berdoa supaya kita juga dapat berjihad untuk mengangkat senjata bagi melawan musuh-musuh ALLAH.

YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI,KELUARGA-KELUARGA KAMI DAN ZURIAT-ZURIAT KAMI DARI GOLONGAN JUNDU-JUNDUMU YA ALLAH DAN DARI GOLONGAN TENTERA AL-MAHDI YANG AKAN MENENTANG TENTERA AL-MASIHUD DAJJAL.AMIN YA RABBAL ‘ALAMIIN.

Akhir kalam,ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pembaca-pembaca budiman sekalian kerana meluangkan masa antum untuk membaca blog ana yang masih terlalu banyak kekurangannya berbanding dengan blog-blog yang antum pernah baca sebelum ini.

و الله اعلم                                                                                            
                                                                                                                           @AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.