Wednesday, April 6, 2011
at
4/06/2011 05:43:00 PM
|
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad Sollahu 'alaihi wa sallam dan juga kepada para sahabat baginda RadiALLAHu 'anhum ajma’iin.
Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.
Ini merupakan hasil tulisan pertama ana di dalam blog pertama ana yang ana buat di atas bantuan sahabat ana RAJA SHAHRIZAD.Dia juga ada blog iaitu [LINK] .Jika anta/anti mempunyai masa layarilah ke blog sahabat ana itu.Sebelum ini,saya juga ada menulis di dalam blog sahabat saya al-fadhil MUHAMMAD ABDUL LATIFF BIN ABU BAKAR iaitu di blog [LINK].Jika para pembaca yang amat dihormati sekalian mempunyai masa yang terluang bolehlah para pembaca sekalian bersinggah di blog sahabat karib ana itu.
Jadi untuk penulisan ana yang pertama ini,ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang JIHAD.
Jihad…Jihad berasal dari perkataan ARAB iaitu jahada.Ia bermaksud berusaha bersungguh-sungguh atau dalam bahasa Inggerisnya ‘strive hard’.Jihad dikategorikan kepada 3 mengikut Prof.Dr.Haji Mahmud Yunus yang merupakan salah seorang ulama’ INDONESIA iaitu:
A)Jihad menyebarkan risalah ISLAM (AL-QURAN dan AS-SUNNAH) samada melalui syarahan (ceramah) atau penulisan (blog,buku dll.).
B)Jihad melawan fitnah terhadap ISLAM samada melalui syarahan (ceramah) atau penulisan (blog,buku dll.).
C)Jihad mengangkat senjata (perang menentang musuh ISLAM).
Jadi,ana di sini ingin menyeru kepada antum semua untuk sama-sama berjihad samada jihad A atau jihad B (sila rujuk penerangan JIHAD di atas) serta marilah sama-sama kita berdoa supaya kita juga dapat berjihad untuk mengangkat senjata bagi melawan musuh-musuh ALLAH.
YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI,KELUARGA-KELUARGA KAMI DAN ZURIAT-ZURIAT KAMI DARI GOLONGAN JUNDU-JUNDUMU YA ALLAH DAN DARI GOLONGAN TENTERA AL-MAHDI YANG AKAN MENENTANG TENTERA AL-MASIHUD DAJJAL.AMIN YA RABBAL ‘ALAMIIN.
Akhir kalam,ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pembaca-pembaca budiman sekalian kerana meluangkan masa antum untuk membaca blog ana yang masih terlalu banyak kekurangannya berbanding dengan blog-blog yang antum pernah baca sebelum ini.
و الله اعلم
@AL-ANKABUT
Posted by
Mujahid Islam Al-Bahruni
Labels:
MUQADDIMAH
0 comments:
Post a Comment