Friday, April 15, 2011
at
4/15/2011 01:26:00 AM
|
Bismillahirrahmaanirrahiim.Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan umat ISLAM khairu khalqillah Saiyidina Muhammad SAW dan juga kepada para sahabat baginda RA ajma’iin.
Assalammu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Semoga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah kepada para pembaca yang budiman sekalian.
Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH S.W.T. yang telah memberikan kita nikmat ISLAM sampai hari ini...hari ini ana ingin menulis dan berkongsi dengan antum semua tentang kandungan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat yang juga dikenali sebagai ‘khutbah perpisahan’...walapun antum semua telah mengetahui kandungannya tetapi marilah kita fahami dan renungi semula khutbah terakhir Rasul S.A.W. ini supaya kita mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. dan syafaat dari Nabi S.A.W. di akhirat kelak...kepada yang belum mengetahui...janganlah antum segan atau berasa malu atau malas untuk mengambil tahu tentang kandungan khutbah terakhir Muhammad S.A.W. ini...sesungguhnya antum adalah org-org yang rugi jika kamu tidak mengambil tahu tentang kandungan khutbah ini...
Rasulullah S.A.W. bersabda dalam khutbahnya...
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini (9 zulhijah tahun 10 hijrah). Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu di atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Hajisekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan amalan saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama lain yang baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamuberpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah, orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhirlebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.
Wallahualam...
Semoga kita semua dapat memahami dengan mendalam tentang khutbah terakhir baginda Nabi S.A.W. ini...InsyaALLAH biiznillah...
Akhir kalam,marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain tentang isi-isi dari ‘khutbah perpisahan’ ini…dan hendaklah kita sampaikan juga kepada orang-orang ISLAM yang lain samada melalui syarahan (ceramah @tazkirah) atau penulisan (buku,blog @ lain2) kerana menurut hadis Nabi SAW,dari Abdullah bin ‘Amr RA memberitakan Nabi SAW bersabda,”sampaikanlah (wahyu) daripadaku meskipun berbentuk satu ayat.”-hadis riwayat Imam Al-Bukhari-…hadis ini hadis sahih…
semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA kepada kita suma serta memberikan hidayahNYA kpd kita semua...amin...
@AL-ANKABUT
Posted by
Mujahid Islam Al-Bahruni
Labels:
SIRAH
0 comments:
Post a Comment