بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber ‘Imran dan Al-Hakam bin ‘Amr Al-Ghifari r.’anhuma memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Ertinya :
“Tidaklah boleh mematuhi makhluk dalam perkara menderhakai Khaaliq (ALLAH).”.
@
Boleh juga diertikan, “Tiada keta’atan pada makhluk dalam perkara ma’siat kepada Khaaliq (ALLAH).”.
[HR.Ahmad dan Al-Hakim : Sahih]

Pengajaran Hadis :

1.       Setiap orang umat ISLAM diperintah dengan tegas agar mematuhi ALLAH dan Rasul-NYA : Junjungan Nabi S.A.W. mengikut garis panduan kitab AL-QURAN dan hadis yang SAHIH, tanpa ragu-ragu.

2.       Kerana itu umat ISLAM dilarang mematuhi sesiapa sahaja (manusia atau jin) dalam perkara yang bertentangan dengan syari’at ALLAH TA’ALA.Seseorang anak ditegah menurut selera ibu bapa dalam perkara yang bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W. sebab sunnah adalah sebahagian syari’at ALLAH S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

3.       Hanya dengan mematuhi ALLAH S.W.T. sahaja manusia akan memperoleh kebahagiaan hidup sejati dari dunia sampai ke akhirat dan demikianlah sebaliknya.

Berdasarkan hadis di atas, tiada toleransi yang mutlak dengan keta’atan pada manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH.

*Rujukan para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. sekalian.

Perkara menderhakai ALLAH S.W.T. @ Perkara berdosa kepada-NYA = معصية

Nabi S.A.W. sudah mengkhabarkan kepada kita bahawa tidak boleh, hatta HARAM menta’ati manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH S.W.T. .

Jadi, marilah kita ta’at kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kalau ALLAH perintahkan kepada kita suruhan-NYA, kita WAJIB lakukan dan kalau ALLAH perintahkan kepada kita meninggalkan larangan-NYA kita WAJIB ta’at kepada-NYA.

Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W., jika apa yang Nabi S.A.W. suruh, kita ta’ati dan apa yang Nabi S.A.W. larang, kita hindari kerana semuanya ini bertepatan dengan sumber HIDAYAH AD-DIIN iaitu AL-QURAN.

Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Anfal ayat 20 dan Surah Al-Hasyr ayat 7,

“Wahai orang-orang yang beriman ! Ta’atilah (patuhilah perintah) ALLAH dan Rasul-NYA (sewaktu perang dan lain-lain). Janganlah kamu melanggar perintah-NYA padahal kamu mendengarnya (perintah ALLAH).”                   
-Surah Al-Anfal ayat 20-

“Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah. Dan mana yang dilarangnya hendaklah kamu tinggalkan. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat keras hukuman-NYA.”
-Surah Al-Hasyr ayat 7-

و الله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
___________________________________________________________________________

HIJAU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

MERAH = Kamus Al-Mawrid Al-Qareeb Arabic-English.

BIRU = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم


Menderhaka kepada kedua ibubapa adalah termasuk dalam larangan yang haram di dalam Al-Quran.

Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24,

“Dan Tuhanmu (ALLAH)  telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (ALLAH), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat).”.

“Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.

Keterangan Ayat 23 dan 24 Surah Al-Isra’

ALLAH menyuruh kamu, supaya menyembah kepadaNYA (ALLAH) dan berbuat kebajikan kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya telah sangat tua, janganlah diucapkan perkataan yang kasar kepada mereka, dan janganlah kamu herdik kedua-duanya dengan perkataan yang tidak sopan, melainkan hendaklah bercakap dengan perkataan yang lemah lembut. Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada mereka, sebagai tanda cinta. Patut sekali kamu doakan mereka kepada ALLAH : “Ya ALLAH, Ampunilah aku dan kedua-dua orang ibubapaku dan kasihanilah mereka, sebagaimana mereka telah mengasuhku waktu kecilku !”.

“Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) kepada mereka, sebagai tanda cinta.”. Maksud ayat ini bukanlah bererti kita sembah kepada mereka TETAPI sayanglah mereka dengan sayang yang sebenar-benarnya di samping mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T.. Itulah ! maksud sebenarnya.

Dan INGATLAH ! Jika ibubapa kita tidak meredhai dan mereka murka kepada kita terhadap kederhakaan yang kita lakukan kepada mereka, maka, yang menunggu kita adalah kemurkaan ALLAH dan kita tidak akan diredhai oleh ALLAH S.W.T. kerana kederhakaan kita terhadap mereka dan ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W..

Sumber ‘Abdullah Bin ‘Amr r.’anhuma memberitakan Rasulullah S.A.W. bersabda,

رضا الرب في رضا الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد

Ertinya :

“Keredhaan Tuhan (ALLAH) menurut keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (ALLAH) menurut kemurkaan ibu bapa.”.
(HR. At-Tirmidzi : Sahih)
Pengajaran Hadis :

1.       Agama Islam mengajak umatnya memperoleh dua keredhaan yang paling besar dalam hidup ini, iaitu keredhaan ALLAH dan keredhaan ibu bapa.

2.       ALLAH menciptakan kita manusia menerusi perkahwinan antara ibu dan bapa. Kemudian Dia (ALLAH) menyuruh kita mencari keredhaan-NYA (ALLAH) dan keredhaan kedua ibu bapa secara serentak dan selari, di mana tidaklah diperoleh keredhaan ALLAH tanpa keredhaan ibu bapa dalam perkara kebaikan, bukan dalam perkara maksiat [RUJUK DI SINI].

3.       Siapa memurkakan kedua ibu bapa, maka dia bukan sahaja mendapat kemurkaan ibu bapa (berdosa besar), tetapi juga mendapat kemurkaan ALLAH dan Rasul-NYA (NYA merujuk kepada ALLAH).

Jadi, telah jelas bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah perkara yang haram dan akhlaq yang tidak baik serta berdosa besar, maka, hendaklah kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sepertimana perintah ALLAH S.W.T. dalam Surah Luqman ayat 14,

“Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibubapanya.”.

Akhir kalam, ana ingin ucapkan terima kasih kepada antum semua kerana meluangkan masa membaca penulisan ana yang lemah ini. Ana berdo’a kepada ALLAH agar ana dan antum semua diberi hidayahNYA dan keampunanNYA. Amin Ya RABBAL ’ALAMIIN.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
_________________________________________________________________________

HIJAU = Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus (hlm. 596,597,613   dan 879)

BIRU = kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S) [hlm. 76 dan 77].

PUTIH = © AL-ANKABUT.
© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
بسم الله الرحمن الرحيم

ألسلام عليكم و رحمة الله و بركته

Apa yang ana mahu kongsikan hari ini ialah ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Sebelum itu, kita semua perlu memahami definisi sangka kerana dari perkataan inilah terhasilnya perkataan BERSANGKA dan perkataan-perkataan lain seperti menyangka, penyangka, disangka, sangkaan dan lain-lain.

Sangka ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap seperti. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga).

[ Untuk rujukan pembaca, BERSANGKA=BERPRASANGKA.]

Maka, boleh kita simpulkan bahawa bersangka baik ialah berpendapat di dalam hati dengan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga) baik terhadap seseorang.

Berbalik pada tujuan asal penulisan ana kali ini iaitu ‘Kenapa perlu bersangka baik?’. Untuk menjawab soalan itu marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Oleh itu, telah jelas dan nyata tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.

Untuk mengukuhkan dalil “KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?” mari kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
Ertinya :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Pengajaran Hadis :

1.       Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

2.       Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

3.       Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

Kesimpulannya, kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa) dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa).

Akhir kalam, INGATLAH ! PRASANGKA TIDAK MEMBAWA KEBENARAN DAN IA BERKEMUNGKINAN MEMBAWA KEPALSUAN. Jadi, boleh rujuk [DI SINI] bagi memahami apa itu kebenaran dan kepalsuan.

والله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب


HIJAU = Definisi Kamus Dewan Edisi Empat.

PINK  = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

BIRU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT


Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.