بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber ‘Imran dan Al-Hakam bin ‘Amr Al-Ghifari r.’anhuma memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Ertinya :
“Tidaklah boleh mematuhi makhluk dalam perkara menderhakai Khaaliq (ALLAH).”.
@
Boleh juga diertikan, “Tiada keta’atan pada makhluk dalam perkara ma’siat kepada Khaaliq (ALLAH).”.
[HR.Ahmad dan Al-Hakim : Sahih]

Pengajaran Hadis :

1.       Setiap orang umat ISLAM diperintah dengan tegas agar mematuhi ALLAH dan Rasul-NYA : Junjungan Nabi S.A.W. mengikut garis panduan kitab AL-QURAN dan hadis yang SAHIH, tanpa ragu-ragu.

2.       Kerana itu umat ISLAM dilarang mematuhi sesiapa sahaja (manusia atau jin) dalam perkara yang bertentangan dengan syari’at ALLAH TA’ALA.Seseorang anak ditegah menurut selera ibu bapa dalam perkara yang bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W. sebab sunnah adalah sebahagian syari’at ALLAH S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

3.       Hanya dengan mematuhi ALLAH S.W.T. sahaja manusia akan memperoleh kebahagiaan hidup sejati dari dunia sampai ke akhirat dan demikianlah sebaliknya.

Berdasarkan hadis di atas, tiada toleransi yang mutlak dengan keta’atan pada manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH.

*Rujukan para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. sekalian.

Perkara menderhakai ALLAH S.W.T. @ Perkara berdosa kepada-NYA = معصية

Nabi S.A.W. sudah mengkhabarkan kepada kita bahawa tidak boleh, hatta HARAM menta’ati manusia dalam perkara ma’siat kepada ALLAH S.W.T. .

Jadi, marilah kita ta’at kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kalau ALLAH perintahkan kepada kita suruhan-NYA, kita WAJIB lakukan dan kalau ALLAH perintahkan kepada kita meninggalkan larangan-NYA kita WAJIB ta’at kepada-NYA.

Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W., jika apa yang Nabi S.A.W. suruh, kita ta’ati dan apa yang Nabi S.A.W. larang, kita hindari kerana semuanya ini bertepatan dengan sumber HIDAYAH AD-DIIN iaitu AL-QURAN.

Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Anfal ayat 20 dan Surah Al-Hasyr ayat 7,

“Wahai orang-orang yang beriman ! Ta’atilah (patuhilah perintah) ALLAH dan Rasul-NYA (sewaktu perang dan lain-lain). Janganlah kamu melanggar perintah-NYA padahal kamu mendengarnya (perintah ALLAH).”                   
-Surah Al-Anfal ayat 20-

“Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah. Dan mana yang dilarangnya hendaklah kamu tinggalkan. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat keras hukuman-NYA.”
-Surah Al-Hasyr ayat 7-

و الله سبحان و تعلى أعلى و أعلم بصواب
___________________________________________________________________________

HIJAU = Matan asal dari kitab “Pepatah Sabda Nabi S.A.W.” karangan ‘Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (‘A.Q.H.A.S).

MERAH = Kamus Al-Mawrid Al-Qareeb Arabic-English.

BIRU = Tafsiran dari Kitab Tafsir Al-Quranul Kariim 30 juz Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus.

PUTIH = © AL-ANKABUT.

© AL-ANKABUT
Posted by Mujahid Islam Al-Bahruni Labels:

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. Thanks to Blogger Templates. blogger template by blog forum.